Sewaktu lawatan Raja Muda Selangor (RMS) DYTM Tengku Amir Shah Sultan
Sharafuddin Idris Shah ke Johor Baharu, Tuanku RMS dan TMJ telah
meluangkan masa selama beberapa jam
membincangkan isu-isu semasa.
Antara yang dibincangkan termasuk
pembangunan belia, pembangunan bola sepak dan perlunya seluruh rakyat
Malaysia bersatu tidak kira latar belakang, kaum, asal usul negeri dan
sebagainya demi kemajuan dan kesejahteraan negara. Mari sama-sama kita
doakan kesejahteraan untuk kedua-dua Putera muda kita ini, InsyaAllah.
sumber: RMS fb